Monday, 14 September 2015

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

 Pengenalan

 
             Setiap agensi kerajaan perlu memperkenalkan inovasi atau idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Menurut Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu manakala Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan-perubahan dalam prosedur kerja atau pengenalan kepada teknologi yang baru yang dapat meningkatkan penghasilan kerja selain dapat menjimatkan kos, tenaga dan masa. Sebagai penjawat awam di KPM, guru juga tidak terlepas daripada memperkenal dan melaksanakan suatu inovasi dalam perkhidmatan mereka.


Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan


  1. Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.
  2. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global.
  3. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak.
  4. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan. Dalam konteks persediaan guru di dalam kelas, guru seharusnya memahami dan mengetahui bahawa inovasi yang hendak dilaksanakan seharusnya melibatkan:
  • Konsep berfikir secara kreatif dan inovatif
  • Kepintaran kreatif
  • Tindakan kreatif
  • Faktor-faktor dan elemen yang merangsang kreativiti
  • Teknik-teknik berfikir kreatif
  • Penyelesaian masalah secara kreatif

Ciri-Ciri Guru Inovatif
  1. Pemikiran strategik
  2. Menekuni kurikulum
  3. Kreatif
  4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran
  5. Daya imaginasi yang tinggi
  6. Mengenali diri pelajar
  7. Mempunyai unsur kecindan
  8. Menilai keberhasilan yang ingin di capai.

Peranan Guru Inovatif
  • Dapat mentranformasikan proses p&p bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
  • Sentiasa memikirkan cabaran yang dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari sekolah.
  • Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi.

Kriteria Yang Perlu Dinilai Dalam Perubahan Yang Dilakukan

  • Pengurangan kos operasi
  • Penjimatan masa
  • Peningkatan hasil kerja
  • Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan
  • Bersifat simple
  • Bermula secara kecil-kecilan


Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis inovasi yang mendasari perkembangan pendidikan, antaranya adalah;

1. Inovasi Kurikulum
    Ini banyak berlaku dalam isu kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka
    bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.

2. Inovasi Pengajaran
    Menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran,  
    perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah.

3. Inovasi Profesional
    Mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang
    dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi terhadap inovasi
    pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.

4.Inovasi Pemikiran
   Mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan
   pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea yang baru yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan
   pendidikan amnya.

5.Inovasi Persekitaran Belajar
   Inovasi yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah.
   Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan
   kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.

6.Inovasi Pengurusan
   Cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan,
   kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang
   ditawarkan.

7.Inovasi Teknologi
   Inovasi dalam teknologi maklumat memerlukan sekolah membangunkan sistem pendidikan yang
   kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif.


Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan


  • Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya.
  • Menginstitusikan idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan.
  • Memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan.
  • Melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.



PETA I-THINK








No comments:

Post a Comment